Assalamualaikum semua. Sahabat. Kadang-kadang kita perlukan seseorang yang istimewa dalam hidup kita selain keluarga kita. Dorang ni bergelar sahabat. Mereka ni lah yang ada dengan kita masa kita susah, masa kita rasa kita tak boleh nak cerita dengan family, masa kita di jalan mati. Ada beza kawan dan sahabat. Kawan tu biasanya bukan seseorang yang kita berkongsi suka dan duka. Boleh dikatakan kawan ni hanyalah 'kenalan'. Ramai yang nak cakap yang mereka ni sahabat kita tapi bila kita susah mereka lari. Sampaikan ada sesetengah mengeluh.

"Aku x de kawan""Habis tu aku ni apa""Mana kau masa aku susah"
Susah sangat nak mencari seorang sahabat. Bila kita rasa kita dah jumpa, tiba-tiba sesuatu menyedarkan kita yang mereka tu hanya sekadar kawan. Kadang-kadang kita terluka kerana mereka. Tapi mereka ni yang mendidik kita untuk menjadi lebih kuat. Kene terima hidup ini sebenarnya ada kala sunyi. Jangan mudah menganggap seseorang itu sebagai rakan karib kau, sebab bila kita buat keputusan yang cepat macam tu. Hati mudah terluka. 

"Awak tak perlu kawan dalam hidup awak."
"Tapi nanti hidup sunyi"
"Allah ada , Allah tak menzalimi hambanya.Mungkin belum tiba masa untuk awak jumpa sahabat yang ikhlas berkawan dan yang sentiasa ada dengan awak. In Sya Allah, I am confident, that time will definitely come to you and when it happens you'll look back at these days and giggle by yourself" - P.NRA

 
Nak jadi macam naruto dengan sasuke!

Jangan biarkan apa yang mereka buat untuk mengubah kau ke arah yang  lebig buruk. Jangan berhenti mengambil berat. Jangan berhenti bersikap baik. Jangan menutup pintu hati. Jangan biarkan mereka memalapkan cahaya dalam diri kau. Bangun dan teruskan bersinar bagaikan mentari. Alhamdulillah lepas apa yang terjadi, hati ni sudah mula terbuka semula .


Stand By You - Rachel Platten

Прощай
Proshchay
Assalamualaikum pembaca.




Assalamualaikum semua!! Bangun oi bangun,dah lewat nak pergi kelas ni! Hahahaha kalau laaa entry kali ni semudah tu. Kali ni pak cik nak curhat dan pak cik nak bahasakan diri sebagai aku sebab macam serius sikit entry ni.Haaaaaa, tau tak curhat tu apa? Ni kawan aku ajar,curhat tu curahan hati. Macam meluahkan isi hati lah. Pelikkan? Biasa aku ni tempat orang men-curhat ni, kali ni aku pulak? Eh semua manusia ada masalah tau! Tak tau lah nak cakap macam mana. Kat atas sekali kat header blog ni ada letak "sensitive yet positive person" kan? Kali ni tak tau kenapa aku tak boleh nak jadi positive. Ujian demi ujian datang. Dulu aku sendiri cakap kalau ujian datang ada banyak makna kan? Haaa gi baca balik entry "kenapa aku" . Aku rasa tak tentu arah, lepas satu datang satu, bila nak bangun daripada satu ujian datang lagi satu jatuh balik. Aku cuba untuk tak jatuh ketika dihentak bertubi oleh ujian yang datang tetapi gagal, aku jatuh. Air mata mengalir tanpa aku sedari. Rasa diri ni tak cukup kuat. Lepas mengadu pada sang pencipta Allah hantar pada aku, insan yang paling aku sayang untuk bantu aku. Mama. Mak aku yang sentiasa ada masa aku susah. Banyak jugaklah yang diperkatakan mak aku. Tetapi yang mengecewakan kat sini ialah, manusia-manusia yang bergelar sahabat. Tidak ramai yang ada,tidak ramai yang bertanya, tidak ramai yang kisah. Kadang-kadang pelukkan dari seseorang yang bergelar sahabat boleh menenangkan kita.Tapi...


 Betullahkan kadang-kadang masa susah ni laa nak menunjukkan siapa sahabat siapa kenalan. Tapi tak pe lah kita letak tu belakang. Tak penting semua tu. Lagi ganggu emosi. Alhamdulillah sekarang aku dalam proses untuk bangun,bangun perlahan-lahan. Masa nak bangun ni lah yang akan kita diuji lagi,tapi aku dah penat jatuh. In Sya Allah aku akan hadang setiap ujian yang datang. Aku akan berdiri semula. Doakan aku 😊.

Luka awak,air mata awak.Orang tak tahu.Orang tak mampu nak bantu.Hanya Allah mampu.Cari DIA dulu.I know you're strong enough to face this.Allah knows it too. Come on Mirza!!Fight this!You will rise from this. The road to recovery is always the hardest tapi cuba.Jangan mengalah. Bangun Sayang. 
-Pn.Nur Reena Bt Abdullah (Mama) 


وداعا,
.Assalamualaikum pembaca

Assalamualaikum semua!!


Pernah dengar tak "buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat"?Pernah kan?Tau tak ramai sangat yang salah faham dengan istilah ni.Haa ni nak terangkan apa kesalahfahamannya.Bila kita buat baik memang laa kita akan dibalas baik.Allah S.W.T dah janji tu.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kebaikan orang mukmin di mana ia diberi kurnia di dunia kerana kebaikannya itu masih akan dibalas nanti di akhirat. Adapun orang kafir, dia mendapat kurnia di dunia kerana kebaikan yang dia lakukan Allah Ta’ala sehingga bila dia pulang ke akhirat, maka dia tidak akan mendapat balasan atas kebaikan yang dia perbuat
-Riwayat Muslim

Tapi ada jugak yang mengeluh cakap "Aku tolong orang tapi orang tak pernah tolong aku" atau "Aku selalu tolong dia tapi dia tak pernah nak tolong aku" takpun "Aku buat baik tapi orang jahat dengan aku". Kenapa setiap kebaikkan yang kita buat disertai dengan abjad 'aku' dan 'tapi'?Kebaikkan kita perlulah disertakan dengan keikhlasan kan?Jadi janganlah mengeluh sayang :). Bila kita buat baik kat orangkan,tak semestinya orang tu yang akan balas kebaikkan kita.Tak semestinya juga kebaikkan kita tu akan dibalas terus.Mungkin kebaikkan kita akan dibalas cuma kita tak perasan ataupun terlalu 'angkuh' untuk perasan. Jangan pula disebabkan kita tak merasa kebaikkan kita dibalas kita berhenti membantu orang,berbuat baik pada orang. Menghitamkan dan menggelapkan hati kita.JANGAN!


Kadang-kadang kita pulak yang akan hadapi masalah, dan kita mengharapkan orang bantu kita,orang duduk dengan kita dan mendengar dan bila apa yang kita nak tu tak kesampaian kita sedih,kita kecewa.TAPI kene ingat tak semua orang diberi kelebihan macam kita,diber kelebihan untuk tahu seseorang tu ada masalah hanya dengan melihat.Tak semua orang diberi hati yang terus mempunyai keinginan untuk membantu. Orang-orang macam ni perlukan sedikit gerakkan. Kita kene cakap kat dorang,kene bagitau dorang barulah sesetengah tu akan membantu. Jangan risau, bukan semua sahabat kita kejam...dalam banyak-banyak tu pasti ada yang ikhlas untuk berkawan dengan kita dan nak sangat untuk tolong kita dalam kesusahan hanya mereka perlukan petunjuk dari kita.Ok lah nak tutup dah entri ni.Jangan stress ye anak-anak semua.Masalah itu sentiasa boleh diselesaikan,Allah tak kejam nak bagi kat kita ujian yang tiada penyelesaiannya.Coretan Superhuman berhenti disini dulu ok...

再见
Zàijiàn,
Assalamualaikum pembaca.



Assalamualaikum semua!!Sebab dah lama x update kali ni kita masuk dua entry sekali.Haa belanja apa?Belanja video sikit.Video yang best lah!Tengok jangan tak tengok!!

Video ni pakcik tengok bila pakcik sedih atau tengah down.Bagi semangat gak lah video ni.


Video ni pulak nak bagi kesedaran kepada kita supaya bersyukur sentiasa,dan jangan lupa ALLAH!!
Tu je lah coretan Superhuman untuk minggu ni.Entry kali ni pendek sebab nak share video je.In Sha Allah kita jumpa lagi dalam entry lain.

さようなら
Sayōnara,
Assalamualaikum pembaca.

Assalamualaikum!!!Weh lama tak update entry.Maaf,pak cik busy huhuhuhu.Ok so untuk entry kali ni yang bertajuk "kenapa aku".Haaa kenapa aku?Kenapa kau?Asalll kau??Nak gaduh?Eh eh eh tak bukan kenapa yang tu.Kita sebagai seorang Hamba di bumi ni pasti akan melalui ujian kan?Tau tak ada sebab kita diuji.Bukan saje-saje je tau.Kadang-kadang kita diuji sebab Allah nak kita kuat. Wehhhh Allah kot nak kita kuat!! Bukan NAJIB! ALLAH TAU!!!

Tau tak apa tanda ujian yang kita dapat?Tu maksudnya Allah sayang kat kita.Allah tunjuk kasih sayang pada hambaNya dengan memberi ujian.Lagi besar ujian tu lagi Allah sayang kat kita.Jangan pulak kita balas kasih sayang ni dengan kalah pada ujian.Dengan membiarkan syaitan mengangkat bendera kemenangan sebab syaitan-syaitan ni dah berjaya hasut kita untuk mengalah.Kalau sayang tu rindu laa kan?Kalau tak sayang tak la nak rindu,betul tak?Allah nak dengar tangisan hambaNya dalam sujud mereka,dalam doa mereka.Ketika Allah rindu akan hambaNya,Allah akan mengirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya
-(HR Thabrani dari Abu Umamah) 

Allah maha mendengar bukan macam kita ni dengar sikit masalah orang lain,buat muka laa malas nak dengar laa...ada yang dengar tapi tak rela.Allah hantar ujian dengan kepastian yang hambaNya memang boleh sangat nak lalui ujian tersebut.Kita je yang kene tentukan kita ni boleh menang ke mengalah macam tu je.


-Al-Baqarah :286 

Jadi kita sebagai hamba jangan laa mengalah padah ujian ok?Mengalah tu tak pernah wujud dalam Islam tau!Pernah tengok Nabi Muhammad S.A.W. mengalah ketika perang?Ketika berdakwah?Takkan jadi jangan mengalah.Menanglah dalam ujian,buatkan syaitan angkat bendera putih dan bukan bendera kemenangan kerana Allah percayakan kita dan pakcik pon percaya kat awak semua hehehehe.

Allah x bagi sesuatu pada hambaNya macam tu je.You have to go through those ups and downs.When Allah creates you kan Allah is creating a tale.A tale about you.So takkan laa cerita ni nak mendatar boring dari awal sampai akhir menang je,berjaya je.Cara Allah buat kerja unik!Bukan tempat kita untuk menanyakan kenapa tetapi untuk mengharunginya.
-Mak Pakcik  

Tujuan pakcik tulis entry kali ni sebab ramai kawan-kawan tengah stress dan sedih.Tak suka laa tengok kawan-kawan macam tu kan.Kadang-kadang perkara buruk telah ditakdirkan untuk terjadi pada kita tapi bukan tempat kita untuk bertanya "kenapa aku?" tetapi untuk melaluinya dengan penuh kesabaran.Ok lah sampai sini je coretan Superhuman kali ni.


Au Revoir,
Assalamualaikum pembaca.









Assalamualaikum semua.Entry hari ni pasal cita-cita dr.Haaa ramai suka tanya kenapa dr?Ada banyak sangat sebab dia.Sebenarnya memang dari tadika bila cikgu tanya nak jadi apa?"nak jadi doktor cikgu!!"Naik sekolah menengah dia ubah jadi pakar bedah pulak tapi masih doktor laa kan.Tak tau laa tpi dr minat sesangat kat hospital.Kalau ada orang masuk hospital kan memang semangat nak gi hospital melawat sebab suka suasana kat hospital,suka bau dia.Hahahahaha orang sakit dr suka *kurang asam*.Ada lagi sebab dia.Masa sekolah dulu sampai sekarang asyik ikut cerita drama bersiri Grey's Anatomy yang diarah Shonda Rhimes.Cerita-cerita dia ni best tau.Ok balik semula kat cerita Grey's Anatomy ni.Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan pakar bedah daripada zaman housemenship dorang sampailah dorang jadi pakar.Banyak laa jenis pesakit dorang jumpa.Ada yang ada tumor yang ada gigi dalam dorang,ada yang dijangkiti kuman yang makan daging atau dikenali sebagai "necrotizing fasciitis".Semua ni cerita betul dari seluruh dunia yang diambil dan dijadikan lebih menarik.Dr suka sangat tengok dorang ni selesaikan masalah dalam sekelip mata lagi-lagi kalau kes trauma yang masuk.Kes trauma ni macam emergency lah,jadi dorang ni kene tangkas selesaikan masalah.Bila dalam OT "operation theatre" atau dewan pembedahan cerita lain pulak.Suasana dia yang sunyi,tenteram dan tenang je.Teringin nak masuk.Tak takut darah ke?Hahahaha suka sangat darah,serious tak tipu.Dr ada gak baca buku ni "Diagnosis" dan "Diagnosis 2" ni pon cerita macam Grey's Anatomy tapi doktor-doktor yang menulis ni semua doktor dari Malaysia.Memang bagi inspirasi laa buku ni kalau nak jadi doktor.Dengan hadith-hadith yang dorang sertakan dalam kebanyakkan cerita dorang,dengan penerangan tentang kerja-kerja dorang,dengan bidasan dorang untuk orang yang cakap jadi doktor ni tak de life.Memang dr sarankan laa korang baca buku ni.Kalau boleh bagi bintang,dr bagi lima poloh bintang.Akhir sekali sebab nak jadi doktor.Eh bukan akhir ada banyak lagi tapi nanti berjela pulak entry ni kan.Dr suka tengok muka dan reaksi orang lepas kita tolong dia.Kadang-kadang kepuasan membantu orang tu kan memang boleh rasa bila orang yang kita bantu tu mengucapka terima kasih kat kita dengan sepenuh hati,ada yang tak cakap pon tapi kalau boleh tengok ekspresi muka dorang yang lega masalah dah tak da pon dah bagi kepuasan tau.Bayangkan kalau betul-betul jadi doktor nanti,mak ayah pesakit datang peluk kita sebab dah tolong anak dorang *ayah je laa mak tak*.Ya Allah rasa nikmat tau.Sampai sini je lah coretan dr superhuman.In Sya Allah nanti kalau ada kelapangan dr update entry lain sebab esok dah start kuliah dah.Walaupun jerebu kami pelajar UPM ada filter dalam paru-paru jadi jerebu tak bawak kesan pada kami.
"Tiada life?Define life..."
"Adakah life bermaksud memenuhi kenduri,lepak di mall,menjadi fashionista dan chill out di cafe ternama?"
"Ya benar itu life yang menggembirakan.Tapi sampai bila?Kemudian apa?Adakah itu sahaja matlamat hidup kita?Menggembirakan diri?"
"Bagi ku life sebenar adalah apabila pesakit datang memeluk kamu sambil berkata terima kasih doktor kerana menjaga saya." "Lalu dia mengangkat tangan ke langit sambil mendoakan kesejahteraan kamu.Sebelum pulang dia sempat memberikan kamu sebungkus ciku yang suaminya bawa dari kampung sebagai tanda ingatan"
"Nikmat mana yang kamu mahu dustakan?"
"Mungkin ada yang rasa kehidupan di dunia ini tak best sebab perlu banyak pengorbanan tapi aku yakin pada janji DIA.Semua pengorbanan kita pasti dikira satu persatu walau sebesar zarah.Kegembiraan di dunia ini hakikatnya sementara.Kita lupa yang kegembiraan yang kekal selama-lamanya hanya di 'sana'"Dr Fatin Liyana - DIAgnosis 2


Adious,
Assalamualaikum pembaca.