Assalamualaikum!!!Weh lama tak update entry.Maaf,pak cik busy huhuhuhu.Ok so untuk entry kali ni yang bertajuk "kenapa aku".Haaa kenapa aku?Kenapa kau?Asalll kau??Nak gaduh?Eh eh eh tak bukan kenapa yang tu.Kita sebagai seorang Hamba di bumi ni pasti akan melalui ujian kan?Tau tak ada sebab kita diuji.Bukan saje-saje je tau.Kadang-kadang kita diuji sebab Allah nak kita kuat. Wehhhh Allah kot nak kita kuat!! Bukan NAJIB! ALLAH TAU!!!
Tau tak apa tanda ujian yang kita dapat?Tu maksudnya Allah sayang kat kita.Allah tunjuk kasih sayang pada hambaNya dengan memberi ujian.Lagi besar ujian tu lagi Allah sayang kat kita.Jangan pulak kita balas kasih sayang ni dengan kalah pada ujian.Dengan membiarkan syaitan mengangkat bendera kemenangan sebab syaitan-syaitan ni dah berjaya hasut kita untuk mengalah.Kalau sayang tu rindu laa kan?Kalau tak sayang tak la nak rindu,betul tak?Allah nak dengar tangisan hambaNya dalam sujud mereka,dalam doa mereka.Ketika Allah rindu akan hambaNya,Allah akan mengirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya
-(HR Thabrani dari Abu Umamah)
Allah maha mendengar bukan macam kita ni dengar sikit masalah orang lain,buat muka laa malas nak dengar laa...ada yang dengar tapi tak rela.Allah hantar ujian dengan kepastian yang hambaNya memang boleh sangat nak lalui ujian tersebut.Kita je yang kene tentukan kita ni boleh menang ke mengalah macam tu je.
-Al-Baqarah :286
Jadi kita sebagai hamba jangan laa mengalah padah ujian ok?Mengalah tu tak pernah wujud dalam Islam tau!Pernah tengok Nabi Muhammad S.A.W. mengalah ketika perang?Ketika berdakwah?Takkan jadi jangan mengalah.Menanglah dalam ujian,buatkan syaitan angkat bendera putih dan bukan bendera kemenangan kerana Allah percayakan kita dan pakcik pon percaya kat awak semua hehehehe.
Allah x bagi sesuatu pada hambaNya macam tu je.You have to go through those ups and downs.When Allah creates you kan Allah is creating a tale.A tale about you.So takkan laa cerita ni nak mendatar boring dari awal sampai akhir menang je,berjaya je.Cara Allah buat kerja unik!Bukan tempat kita untuk menanyakan kenapa tetapi untuk mengharunginya.
-Mak Pakcik
Tujuan pakcik tulis entry kali ni sebab ramai kawan-kawan tengah stress dan sedih.Tak suka laa tengok kawan-kawan macam tu kan.Kadang-kadang perkara buruk telah ditakdirkan untuk terjadi pada kita tapi bukan tempat kita untuk bertanya "kenapa aku?" tetapi untuk melaluinya dengan penuh kesabaran.Ok lah sampai sini je coretan Superhuman kali ni.
Au Revoir,
Assalamualaikum pembaca.




0 comments:
Post a Comment