Kenapa "dr"?

by 10:35 PM 0 comments

Assalamualaikum semua.Entry hari ni pasal cita-cita dr.Haaa ramai suka tanya kenapa dr?Ada banyak sangat sebab dia.Sebenarnya memang dari tadika bila cikgu tanya nak jadi apa?"nak jadi doktor cikgu!!"Naik sekolah menengah dia ubah jadi pakar bedah pulak tapi masih doktor laa kan.Tak tau laa tpi dr minat sesangat kat hospital.Kalau ada orang masuk hospital kan memang semangat nak gi hospital melawat sebab suka suasana kat hospital,suka bau dia.Hahahahaha orang sakit dr suka *kurang asam*.Ada lagi sebab dia.Masa sekolah dulu sampai sekarang asyik ikut cerita drama bersiri Grey's Anatomy yang diarah Shonda Rhimes.Cerita-cerita dia ni best tau.Ok balik semula kat cerita Grey's Anatomy ni.Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan pakar bedah daripada zaman housemenship dorang sampailah dorang jadi pakar.Banyak laa jenis pesakit dorang jumpa.Ada yang ada tumor yang ada gigi dalam dorang,ada yang dijangkiti kuman yang makan daging atau dikenali sebagai "necrotizing fasciitis".Semua ni cerita betul dari seluruh dunia yang diambil dan dijadikan lebih menarik.Dr suka sangat tengok dorang ni selesaikan masalah dalam sekelip mata lagi-lagi kalau kes trauma yang masuk.Kes trauma ni macam emergency lah,jadi dorang ni kene tangkas selesaikan masalah.Bila dalam OT "operation theatre" atau dewan pembedahan cerita lain pulak.Suasana dia yang sunyi,tenteram dan tenang je.Teringin nak masuk.Tak takut darah ke?Hahahaha suka sangat darah,serious tak tipu.Dr ada gak baca buku ni "Diagnosis" dan "Diagnosis 2" ni pon cerita macam Grey's Anatomy tapi doktor-doktor yang menulis ni semua doktor dari Malaysia.Memang bagi inspirasi laa buku ni kalau nak jadi doktor.Dengan hadith-hadith yang dorang sertakan dalam kebanyakkan cerita dorang,dengan penerangan tentang kerja-kerja dorang,dengan bidasan dorang untuk orang yang cakap jadi doktor ni tak de life.Memang dr sarankan laa korang baca buku ni.Kalau boleh bagi bintang,dr bagi lima poloh bintang.Akhir sekali sebab nak jadi doktor.Eh bukan akhir ada banyak lagi tapi nanti berjela pulak entry ni kan.Dr suka tengok muka dan reaksi orang lepas kita tolong dia.Kadang-kadang kepuasan membantu orang tu kan memang boleh rasa bila orang yang kita bantu tu mengucapka terima kasih kat kita dengan sepenuh hati,ada yang tak cakap pon tapi kalau boleh tengok ekspresi muka dorang yang lega masalah dah tak da pon dah bagi kepuasan tau.Bayangkan kalau betul-betul jadi doktor nanti,mak ayah pesakit datang peluk kita sebab dah tolong anak dorang *ayah je laa mak tak*.Ya Allah rasa nikmat tau.Sampai sini je lah coretan dr superhuman.In Sya Allah nanti kalau ada kelapangan dr update entry lain sebab esok dah start kuliah dah.Walaupun jerebu kami pelajar UPM ada filter dalam paru-paru jadi jerebu tak bawak kesan pada kami.
"Tiada life?Define life..."
"Adakah life bermaksud memenuhi kenduri,lepak di mall,menjadi fashionista dan chill out di cafe ternama?"
"Ya benar itu life yang menggembirakan.Tapi sampai bila?Kemudian apa?Adakah itu sahaja matlamat hidup kita?Menggembirakan diri?"
"Bagi ku life sebenar adalah apabila pesakit datang memeluk kamu sambil berkata terima kasih doktor kerana menjaga saya." "Lalu dia mengangkat tangan ke langit sambil mendoakan kesejahteraan kamu.Sebelum pulang dia sempat memberikan kamu sebungkus ciku yang suaminya bawa dari kampung sebagai tanda ingatan"
"Nikmat mana yang kamu mahu dustakan?"
"Mungkin ada yang rasa kehidupan di dunia ini tak best sebab perlu banyak pengorbanan tapi aku yakin pada janji DIA.Semua pengorbanan kita pasti dikira satu persatu walau sebesar zarah.Kegembiraan di dunia ini hakikatnya sementara.Kita lupa yang kegembiraan yang kekal selama-lamanya hanya di 'sana'"Dr Fatin Liyana - DIAgnosis 2


Adious,
Assalamualaikum pembaca.


Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment