Assalamualaikum semua!!
Pernah dengar tak "buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat"?Pernah kan?Tau tak ramai sangat yang salah faham dengan istilah ni.Haa ni nak terangkan apa kesalahfahamannya.Bila kita buat baik memang laa kita akan dibalas baik.Allah S.W.T dah janji tu.
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kebaikan orang mukmin di mana ia diberi kurnia di dunia kerana kebaikannya itu masih akan dibalas nanti di akhirat. Adapun orang kafir, dia mendapat kurnia di dunia kerana kebaikan yang dia lakukan Allah Ta’ala sehingga bila dia pulang ke akhirat, maka dia tidak akan mendapat balasan atas kebaikan yang dia perbuat
-Riwayat Muslim
Tapi ada jugak yang mengeluh cakap "Aku tolong orang tapi orang tak pernah tolong aku" atau "Aku selalu tolong dia tapi dia tak pernah nak tolong aku" takpun "Aku buat baik tapi orang jahat dengan aku". Kenapa setiap kebaikkan yang kita buat disertai dengan abjad 'aku' dan 'tapi'?Kebaikkan kita perlulah disertakan dengan keikhlasan kan?Jadi janganlah mengeluh sayang :). Bila kita buat baik kat orangkan,tak semestinya orang tu yang akan balas kebaikkan kita.Tak semestinya juga kebaikkan kita tu akan dibalas terus.Mungkin kebaikkan kita akan dibalas cuma kita tak perasan ataupun terlalu 'angkuh' untuk perasan. Jangan pula disebabkan kita tak merasa kebaikkan kita dibalas kita berhenti membantu orang,berbuat baik pada orang. Menghitamkan dan menggelapkan hati kita.JANGAN!
Kadang-kadang kita pulak yang akan hadapi masalah, dan kita mengharapkan orang bantu kita,orang duduk dengan kita dan mendengar dan bila apa yang kita nak tu tak kesampaian kita sedih,kita kecewa.TAPI kene ingat tak semua orang diberi kelebihan macam kita,diber kelebihan untuk tahu seseorang tu ada masalah hanya dengan melihat.Tak semua orang diberi hati yang terus mempunyai keinginan untuk membantu. Orang-orang macam ni perlukan sedikit gerakkan. Kita kene cakap kat dorang,kene bagitau dorang barulah sesetengah tu akan membantu. Jangan risau, bukan semua sahabat kita kejam...dalam banyak-banyak tu pasti ada yang ikhlas untuk berkawan dengan kita dan nak sangat untuk tolong kita dalam kesusahan hanya mereka perlukan petunjuk dari kita.Ok lah nak tutup dah entri ni.Jangan stress ye anak-anak semua.Masalah itu sentiasa boleh diselesaikan,Allah tak kejam nak bagi kat kita ujian yang tiada penyelesaiannya.Coretan Superhuman berhenti disini dulu ok...
再见
Zàijiàn,
Assalamualaikum pembaca.



0 comments:
Post a Comment